I Z A R A _ Z U L K I F L I

I Z A R A _ Z U L K I F L I

Wednesday, September 16, 2015

DI KOYAK WAKTU


Aku tak pandai bercinta 
Aku tak indah bicara 
Hanya manusia yang mengagumimu 
Walau takkan pernah ku miliki 
Aku ada di depan mata 
Aku tetap selalu ada 
Aku manusia yang mencintakanmu 
Dalam bisu bersendiri aku 
Dengan nafas ini
 Ku aturkan langkah 
Menuju dirimu 
Walau ku sedari 
Rasa ini tak mungkin kan kau mengerti 
Selamanya ku dikoyak waktu 
Dengan nafas ini 
Ku aturkan langkah 
Menuju dirimu 
Walau ku sedari 
Rasa ini tak mungkin kan kau mengerti 
Selamanya ku dikoyak waktu 
Selamanya... 
Selamanya ku dikoyak waktu 

Monday, September 14, 2015

7 SEPT

ALHAMDULILLAH , aku da genap 26 tahun tahun ni.
thanks kawan yang mengenali aku , sama ada rapat atau tak...
thanks wei.... hehehe , kepada STUDENTS kesayangan SAYA , thanks, SUPRISED Kamu semua menjadi sangat.... haahahaah . to FAMILY , thanks for wishes, THANKS MAMA AND ABAH , LAHIRKAN KAKCIK, BESARKAN KAKCIK,,, IM A BIG GURL NOW hahahaa~ 
In Shaa ALLAH. kakcik  cepat2 bagi menantu kat abah ngn mama. JODOH MAUT AJAL SEMUA DITANGAN ALLAH S.W.T . kakcik tahu abah resah. In Shaa ALLAH . sabar ye abah hehehe

okay kat bawah neh, aku share sket laa SWEET MEMORY gittewwww yang berlaku 7 Sept .

jeng jeng~~~

CAKE DULU EA ... Act ade 4 , yang lagi satu CAKE from my students xdpt plak PIC nyee~





okay next 1st Suprised From My Indians Students 
Melvin AND The Geng,.
siap bawak belon nyanyi lagu Versi English and Malay..
hahahaha lawakkk sgt...
btw THANKS UOLLS




2nd Suprised from MY LOVELY STUDENTS 
YANG NEH mmg pandai... tgh bg BREFING untuk event pada esok hari tuu
ter bau api.. ngt nk terbakar dah restoran tuu rupanyee hahahaha

SUPRISEDDD MISS !!!!!















LAST from my OFFCEMATE ... HAHA love u guys !









ALHAMDULILLAH
HIJRAH BIDADARI
26 TAHUN

PRINCESS TO ABAH & MAMA

P H O T O G R A P H - E D S H E E R A N

I LOVE THIS SONG. THE LYRIC ...THE FEEL ...

Loving can hurt, loving can hurt sometimesBut it's the only thing that I knowWhen it gets hard, you know it can get hard sometimesIt's the only thing that makes us feel alive
We keep this love in a photographWe made these memories for ourselvesWhere our eyes are never closingOur hearts were never brokenAnd time's forever frozen, still
So you can keep meInside the pocket of your ripped jeansHolding me close until our eyes meetYou won't ever be alone, wait for me to come home
Loving can heal, loving can mend your soulAnd it's the only thing that I knowI swear it will get easier, remember that we're never repeating yaAnd it's the only thing to take with us when we die
We keep this love in a photographWe made these memories for ourselvesWhere our eyes are never closingOur hearts were never brokenAnd time's forever frozen, still
So you can keep meInside the pocket of your ripped jeansHolding me close until our eyes meetYou won't ever be aloneAnd if you hurt meThat's okay baby, there'll be worse thingsInside these pages you just hold meAnd I won’t ever let you goWait for me to come homeWait for me to come homeWait for me to come homeWait for me to come home
You can keep meInside the necklace you bought when you were sixteenNext to your heartbeat where I should beKeep it deep within your soulAnd if you hurt meThat's okay baby, there'll be worse thingsInside these pages you just hold meAnd I won’t ever let you go
When I'm going, I will remember how you kissed meUnder the lamppost back on Sixth streetHearing you whisper through the phoneWait for me to come home

Thursday, May 8, 2014

SELAMAT HARI IBU



Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.

Bersempena dengan hari Ibu yang akan berlangsung pada hujung minggu ini 11 Mei 2008, di sini dipaparkan beberapa koleksi sajak yang ditujukan kepada ibu. Sajak-sajak ini telah diperolehi daripada beberapa laman blog, terima kasih.

Gugurnya Kelopak Itu...

Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,
Walau halangan datang menerpa.

Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.

Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Kini mawar itu kian layu,
Perlahan dimamah arus usia,
Gugur sudah si ayu kelopaknya,
Hilang sudah lambaian daunannya.

Segamit memori ku kenangi,
Setulus kasih ku dambai,
Potret wajahmu ku tatapi,
Sebuah kehilangan yang tiada ganti.




Ingatlah Kepada Ibumu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….~???~



Ibuku

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini



Sajak Untuk Ibu

Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan

Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...

Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta...



Aku Masih Ingat

Aku masih ingat
dan akan terus ingat
sehingga akhir hayat
dulu engkau banyak menderita

aku masih ingat
dulu engkau banyak menangis
aku masih ingat
dulu engkau banyak berkorban
apa saja

aku masih ingat
dulu engkau berbalut ketabahan
membesarkan aku mengenal kemanusiaan
aku masih ingat
dulu engkau berlantaikan semangat
mengasuh aku menjadi insan beriman

aku masih ingat
dulu engkau berdinding kegigihan
mendidik aku menjadi anak soleh

aku masih ingat
dulu engkau merumahkan setia
memelihara aku dengan kasih sayang
menjadi manusia berguna

aku masih ingat….
aku masih ingat….
tak kan mudah aku lupa
karena jasamu tak terbalas semuanya
karena tak terenang sepenuhnya
di laut budimu

ibu……..!!!!
aku masih ingat
mengucapkan terima kasih
dan akan terus ingat melafazkannya
sehingga akhir hayat
aku masih ingat
segala yang murni itu…


~ Anakanda mu ~


Dedikasi khaS buat

MAMA SAYA

KAKAK SAYA

KAKAK IPAR KU

DAN

RAKAN-RAKAN YANG TELAH BERGELAR IBU ….


MY MAMA 






KAKAK AND BABY QILA





KAKAK IPAQ WITH HER BABY SARRA ... 

HAPPY MOTHER'S DAY TO U ALL ...
LOTS OF LURVE

SINCERLY BY

NURUL IZZAH BT MOHAMAD ZULKIFLI

ANAKMU 

ADIKMU 




Monday, May 5, 2014

DALAM LUKA YANG DIALAMINYA ...

sedih dan menyayat hati
itu sj ungkapan yang aku luahkan...
bukan semua yang kita inginkan akan tercapai 
dan bukan semua benda kita boleh lalui...
mungkin ini yang dialam oleh SEORANG GADIS CANTIK INI dengan membunuh diri 
akibat putus cinta ... BAGI UMAT ISLAM kita haram sama sekali menggunakan cara ini untuk 
menyelesaikan masalah yang kita alami...
semua masalah yang kita hadapi semua kita boleh selesaikan
cuma ATAS DIRI KITA SHJ untuk bantu DIRI kita...

Insyallah ... everything is gonna be okay ...

ikuti kisah ini untuk menjadi teladan buad kita semua 

Dilaporkan oleh chinasmack.com, seorang gadis dengan akaun Instagram bernama @ JojoTsai1012 membuat ramai orang merasa sedih dan prihatin.
Dalam Instagram tersebut, si gadis yang berasal dari negara China menghantar isyarat bahawa dirinya akan melakukan bunuh diri kerana tidak tahan dengan hidupnya selepas putus cinta dengan teman lelakinya.
Siapa sangka, posting foto dan statusnya bukan hanya untuk menarik perhatian, kerana gadis ini benar-benar bunuh diri dengan melompat dari apartmen.
Beberapa posting status tulisan dalam foto-foto Instagramnya:
Ternyata semua mimpi buruk ini adalah nyata. Semua yang aku mimpikan benar-benar terjadi. Tapi ternyata aku buta dan bodoh, sampai akhirnya aku curiga dan semua sudah terlambat. Aku tidak pernah melakukan hal buruk selama hidup, namun kenapa aku hidup dalam seksaan.
Hidupku sangat sengsara beberapa hari terakhir. Aku ingin melupakan semua ini, untuk mengendalikan suasana hati saya dan tidak akan menangis lagi setiap malam. Semua ini tidak adil untukku, aku sudah tidak tahan.
Dalam postnya yang lain, @ JojoTsai1012 menuliskan cerita bahawa 12 hari selepas putus, dia sudah boleh jalan-jalan dengan rakannya dan menikmati hidup seperti biasa.
Dia juga bercerita bahawa bekas teman lelakinya lebih kaya dibanding dirinya, begitu tampan dan baik.
Gadis iini juga bercerita bahawa ibu bekas teman lelakinya tidak bersetuju dengan hubungan mereka dan tidak akan merestui perkahwinan mereka.
“Semua ini tidak akan dapat aku lupakan, tidak akan pernah boleh, kecuali kalau aku mati.” – jojotsai1012
Demikian status patah hati dan kemurungan @ JojoTsai1012 yang terasa sudah putus asa dengan hidupnya. Dalam beberapa foto lain, @ JojoTsai1012 menuliskan isyarat dirinya akan bunuh diri.
Lihat beberapa petikan status isyarat di foto yang dia posting dalam akaun Instagram @ JojoTsai1012.
"Semua ini tidak akan dapat aku lupakan, tidak akan pernah boleh, kecuali kalau aku mati." - jojotsai1012
“Semua ini tidak akan dapat aku lupakan, tidak akan pernah boleh, kecuali kalau aku mati.” – jojotsai1012
XOXO Aku Mencintaimu. - jojotsai1012
XOXO Aku Mencintaimu. – jojotsai1012
"Biarlah semua terbakar, agar semua benda ini melayang seperti debu di udara" - jojotsai1012
“Biarlah semua terbakar, agar semua benda ini melayang seperti debu di udara” – jojotsai1012
2014-03-25_170351
Dalam gambar di atas, tidak ada keterangan apapun. Namun dipercayai dari tingkap inilah @ JojoTsai1012 melompat bunuh diri.
2014-03-25_170411
Inilah gambar yang dilaporkan dari chinasmack.com. Sungguh tragis dan menyedihkan. Salah satu akaun di Instagram dengan nama @ yin727 mengesahkan bahawa kejadian ini benar.
“Ini benar, kami tinggal di bangunan yang sama, dia meninggal Sabtu pagi (seminggu yang lalu).”
Kejadian yang sangat menyedihkan. Banyak orang menyebut peristiwa ini sebagai satu cara yang bodoh untuk menamatkan hidup. Tapi kita sendiri tidak pernah tahu seberapa dalam luka yang dialami oleh gadis cantik ini.
'' Bagi anda yang mengalami masalah yang sama, love your life, love yourself. "
INSYAALLAH
ADA JALAN NYA - MAHER ZAIN
EVERYTHING IS GONNA BE OKAY

KHASIAT COKLAT

Khasiat Coklat Untuk Kecantikan Kulit

Penggunaan coklat sebagai bahan kecantikan mungkin masih asing lagi dalam kalangan kita, namun terapi kecantikan itu sebenarnya mempunyai banyak manfaat kepada kulit bukan saja pada wajah malah seluruh badan.

Ini kerana coklat bersifat antioksidan yang mampu melindungi kulit daripada kesan kerosakan berpunca daripada pendedahan kepada matahari atau elemen persekitaran yang lain.

Menyangkal mitos kononnya ia membuatkan kulit lebih mudah berjerawat, coklat sebaliknya dikelaskan sebagai makanan yang sihat kerana kandungan nilai antioksidan tinggi padanya.

Menariknya, coklat mempunyai bahan yang mampu melembutkan kulit memandangkan ia kaya dengan mentega koko yang selalunya turut diselitkan dalam losyen badan dan kosmetik yang ada di pasaran.

Kuasa melembap yang ada padanya dikatakan mampu mengurangkan garis halus dan menghalang radikal bebas merosakkan kandungan elastin, kolagen dan protein yang ada pada kulit.

Ia juga mampu membuang sel kulit mati dan membantu merangsang pertumbuhan sel baru. Apabila coklat yang sudah dicairkan disapu pada kulit dan dibiarkan seketika sebelum dicuci, ia membuatkan kulit terasa lembap, sekali gus sesuai dijadikan pelembap wajah yang berkesan.

Selain disapu, pemakanan berasaskan bahan daripada coklat juga mampu membantu menjaga kolagen dan melawan kerosakan akibat sinar matahari kerana ia kaya dengan zat baik iaitu flavanoid.

Penggunaan coklat sebagai rawatan kecantikan masih baru dan mula disedari masyarakat moden yang semakin peka terhadap bahan kecantikan dari alam semula jadi dan sedia mencuba sesuatu yang baru.

Melihat kepada faedahnya, tidak hairanlah apabila semakin banyak spa kecantikan menggunakan coklat sebagai antara bahan rawatan kulit yang popular.

Penggunaan coklat sebagai resipi kecantikan bagi mendapatkan kulit sihat dan gebu boleh dicuba sesiapa saja di rumah tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar. Antaranya membuat sendiri lulur coklat bersama kelapa bagi membuang sel kulit mati. Ia boleh dihasilkan dengan cara memanaskan gula dalam minyak kelapa kemudian masukkan serbuk koko ketika ia masih panas. Masukkan juga serbuk oat supaya ia mempunyai tekstur kasar yang boleh digunakan sebagai lulur.



Semua bahan yang sudah sejuk itu kemudiannya digosok pada kulit dengan gerakan membulat untuk membersihkan tubuh daripada daki dan sel kulit mati.

Bagi penyediaan pupur wajah pula, coklat boleh digabungkan bersama teh hijau kerana kedua-duanya mempunyai antioksidan tinggi yang baik untuk kulit.

Ia boleh dihasilkan dengan cara mencampurkan koko, madu dan susu krim sehingga sebati dan sapukan pada kulit. Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Gabungan koko, madu dan minyak badam yang digaul sehingga pekat serta disapu pada kulit wajah dan badan mampu membantu menjadikan kulit lebih lembut serta berseriseri.

Gel mandian coklat juga boleh dihasilkan sendiri dengan cara mendidih gelatin kosong bersama syampu badan sehingga keduaduanya sebati sebelum serbuk koko atau minyak koko ditambah ke dalam bahan tadi. Kemudian, sejukkan di dalam peti ais selama empat jam sebelum digunakan.

menjadi SEORANG PEREMPUAN

APAKAH PEKARA SUSAH BILA ANDA SEORANG PEREMPUAN?

Hmm... agak berat untuk diceritakan, bukan senang untuk menjadi seorang perempuan bukan mudah untuk menjadi seorang perempuan. terlalu banyak untuk meluahkan , terlalu HEBAT sebenarnya menjadi seorang perempuan kan ?

senyum dalam tangisan...
senyum dalam kedukaan...
senyum dalam penderitaan...
senyum dalam masalah.....
senyum dalam penderaan...
senyum dalam HATI ....

HEBATKAN ??
JADI APA YANG SUSAH MENJADI SEORANG PEREMPUAN??
CUMA KITA SEBAGAI PEREMPUAN HARUSLAH BERBANGGA ..
KERANA KITA DICIPTAKAN SEBAGAI BIDADARI HIASAN DUNIA ...
KITA TERLALU BERHARGA DIMATA ALLAH S.W.T ..
HARGAI DENGAN SEGALA CIPTAANNYA ....

kecewa dalam pencintaan
kecewa dalam perhubungan
kecewa dalam persahabatan
kecewa dalam membina masa depan..
itu adalah lumrah dan satu ujian buat kita..

BERSYUKURLAH ....
PEREMPUAN.....
KAMULAH WANITA YANG TERISTIMEWA ..
KAMU BAKAL MENJADI IBU KEPADA ANAK-ANAK
KAMU BAKAL MENJADI ISTERI KEPADA SUAMI MU..
DAN KAMU JUA LAH ANAK SOLEHAH BUAD IBU BAPA MU...

PEREMPUAN DAN WANITA ITU ..
ADALAH SATU ANUGERAH TERINDAH CIPTAAN TUHAN

DAN


AKU BERSYUKUR KERANA AKU LAH PEREMPUAN DAN WANITA ITU .



NUKILAN DARI SAYA

ARRA ARIEYA



Quotes

Quotes